STEM – Basic Coding: Ambulance Ride
25 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mac 2024 bersamaan hari Ahad, NADI Batang Melaka telah mengadakan kelas Basic Coding: Ambulance Ride. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan mengajar konsep asas coding kepada kanak-kanak dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan.
Peserta diperkenalkan dengan konsep algoritma dan logik pemrograman menerusi simulasi perjalanan ambulans. Mereka diajar untuk membuat langkah-langkah atau arahan yang diperlukan bagi memastikan ambulans sampai ke destinasi dengan selamat dan cepat.
Diharapkan, pengalaman ini akan merangsang minat mereka dalam bidang sains komputer dan teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: